Klik di sini!

Sunday 21 August 2011

Kriteria Penskoran Kertas Penulisan Bahasa Melayu UPSR

Bahagian A


Cemerlang (9-10markah)


Kriteria
1. Menggunakan ayat yang gramatis dan menepati bahan grafik.
2. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan bahan grafik.
3. Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.


Baik (6-8 markah)


Kriteria
1. Menggunakan ayat yang jelas dan menepati bahan grafik.
2. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan bahan grafik.
3. Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca dan ejaan tetap tidak menjejaskan ayat.


Memuaskan (4-5 markah)


Kriteria
1. Menggunakan ayat yang mudah dan ringkas sesuai dengan bahan grafik.
2. Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad dan sesuai.
3. Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca dan ejaan.


Pencapaian Tahap minimum (0-3 markah)


Kriteria
1. Ayat tidak sesuai dengan bahan grafik.
2. Penggunaan perkataan yang terhad dan tidak sesuai dengan bahan grafik.
3. Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan.


Bahagian B


Cemerlang (26-30markah)


Kriteria
1. Penyampaian atau persembahan yang jelas dan menarik untuk dibaca.
2. Pengolahan idea yang sangat baik menggunakan pelbagai ayat yang gramatis bertetapan dengan tema.
3. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan tema.
4. Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul berdasarkan jenis karangan.


Baik (21-25 markah)


Kriteria
1. Penyampaian atau persembahan yang jelas dan untuk dibaca.
2. Pengolahan idea yang baik dengan menggunakan ayat yang gramatis dan bersesuaian dengan tema.
3. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan tema.
4. Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca dan ejaan tetapi tidak menjejaskan karangan.


Memuaskan (11-20markah)


Kriteria
1. Penyampaian atau persembahan yang mudah dan ringkas.
2. Menyatakan isi dengan menggunakan ayat dasar berdasarkan tema.
3. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang terhad dan sesuai.
4. Penggunaan tanda baca yang terhad.
5. Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca dan ejaan.


Pencapaian Tahap Minimum (0-10markah)


Kriteria
1. Penyampaian atau persembahan yang tidak sesuai dengan tema.
2. Isi tidak tepat,tidak berkaitan dengan tema atau sukar difahami.
3. Penggunaan perkataan yang terhad dan tidak sesuai dengan tema.
4. Tidak menguasai kemahiran tanca baca dan ejaan.


Bahagian C


Cemerlang (16-20markah)


Kriteria
1. Ulasan jelas dan tepat menggunakan ayat gramatis berdasarkan bahan ransangan.
2. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan bahan ransangan.
3. Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.


Baik (11-15markah)


Kriteria
1. Ulasan jelas dan tepat menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan bahan ransangan.
2. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan bahan ransangan.
3. Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca dan ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat.


Memuaskan (6-10markah)


Kriteria
1. Ulasan tepat menggunakan ayat mudah dan ringkas.
2. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang terhad dan sesuai.
3. Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca dan ejaan.


Pencapaian Tahap Minimum (0-5markah)


Kriteria
1. Ulasan tidak menepati bahan ransangan.
2. Penggunaan perkataan yang terhad dan tidak sesuai dengan bahan ransangan.
3. Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan.





No comments:

Post a Comment

N3 YANG SELALU PENGUNJUNG DATANG MEMBACA