Klik di sini!

Tuesday 16 August 2011

Perumpamaan

Bagai air di daun talas
Maksud: Tidak tetap pendirian.
Contoh ayat: Keputusan yang selalu berubah-ubah bagai air di daun tulas sukar untuk dilaksanakan.


Bagai air titik ke batu
Maksud: Sukar memberi nasihat kepada orang yang degil.
Contoh ayat: Memang sukar memberi nasihat kepada pelajar yang degil itu bagai air titik ke batu.


Ibarat beban belum lepas dari bahu
Maksud: Belum lepas dari tanggungan.
Contoh ayat: Pak Abu terpaksa Munir terpaksa bekerja keras untuk menanggung sepuluh orang anaknya ibarat beban belum lepas dari bahu.


Ibarat beban sudah di tepi
Maksud: Pekerjaan yang hampir selesai.
Contoh ayat: Natrah berasa lega apabila pekerjaan itu ibarat beban sudah di tepi.


Laksana antah melukut, lapar sangat baru berguna
Maksud: Walaupun sesuatu itu tidak baik, tetapi ia berguna jika berkurangan.
Contoh ayat: Jika tidak ada tali dan rotan, akar juga berguna laksana antah melukut, lapar sangat baru berguna.


Laksana apung dipermainkan ombak
Maksud: Hidup melarat di negara orang.
Contoh ayat: Rosnita, merupakan rakyat Indonesia hidup d Malaysia laksana apung dipermainkan ombak.


Macam tunggul pisang
Maksud: Hidup sebatang kara
Contoh ayat: Walaupun Nek Mariam mempunyai beberapa orang anak tatapi hidupnya macam tunggul pisang.


Macam ular kekenyangan
Maksud: Seseorang yang jalannya tidak betul keran perut buncit.
Contoh ayat: Nizam sering ditertawakan oleh rakannya kerana dia macam ular kekenyangan.


Seperti abu di atas tunggul
Maksud: Kedudukan yang tidak tetap dan bila-bila masa akan dipecat.
Contoh ayat: Kedudukan Azli di syarikat itu tidak tetap, keadaannya seperti abu di atas tunggul.


Seperti air dalam kolam
Maksud: Sikap dan tingkah lakunya tenang
Contoh ayat: Walaupun Mak Kirah menghadapi masalah yang besar, tetapi dia kelihatan seperti air dalam kolam.

No comments:

Post a Comment

N3 YANG SELALU PENGUNJUNG DATANG MEMBACA